BERPUASA selain terbukti baik untuk kesihatan, ia juga adalah ibadah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Terutamanya dalam bab ganjaran pahala yang diberi oleh Allah SWT. Biarpun solat, sebagai ibadat utama orang Islam, pahalanya sudah ditentukan iaitu 27 kali ganda jika dilakukan secara berjemaah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda. (Riwayat Bukhari). Puasa pula ganjarannya amat hebat. Allah SWT menjanjikan bonus…










