Kecoh penyokong pembangkang rampas 2 peti undi - Utusan Malaysia

Kecoh penyokong pembangkang rampas 2 peti undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 9 Mei – Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandu mereka ditahan ratusan penyokong fanatik pihak pembangkang di hadapan pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seth, dekat sini sebentar tadi.

Penyokong berkenaan bukan sahaja menahan kenderaan petugas SPR malah bertindak memaksa petugas berkenaan untuk membuka bonet kereta sebelum melarikan dua peti undi Parlimen Ayer Hitam dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang daripada Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam.

Penyelia PDM tersebut, Kamarul hizam Jahari berkata, mereka jadi panik apabila penyokong pembangkang bertindak demikian dan merampas kembali dua peti undi berkenaan.

“Keadaan jadi kacau setelah peti undi dilarikan mereka ke tengah jalan raya. Keadaan jadi tidak terkawal kerana jumlah mereka terlalu ramai.

“Mereka turut membuka peti undi berkenaan namun tidak melakukan tindakan bodoh seperti membuang kertas undi. Beg itu berjaya dirampas semula kira-kira 10 minit kemudian dengan bantuan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita, di sini sebentar tadi.

Polis menahan dua orang daripada mereka selepas dipercayai bertindak melakukan provokasi dan mengasari pegawai polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×