JOHOR BAHRU 9 Mei – Pekarangan pusat penjumlahan undi di Dewan Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai di sini kecoh seketika apabila berlaku salah faham selepas sebuah kereta yang membawa peti undi tersilap jalan. Kejadian berlaku pukul 8 malam apabila salah seorang Ketua Pusat Mengundi dan pemandu kereta Proton Exora tersilap menggunakan laluan yang telah ditutup dengan dawai besi. Sekumpulan lelaki yang berada di kawasan berkenaan yang curiga dengan kehadiran kereta yang…