BANGKOK 21 Mei – Kekalahan 2-3 kepada Indonesia menyempitkan peluang Malaysia untuk mencari tiket suku akhir Piala Uber, namun selagi saingan belum berakhir pemain negara enggan mengibar bendera putih. Gagal mendapatkan kemenangan daripada aksi pembukaan Kumpulan D itu bermakna, Malaysia kini wajib mengalahkan juara 14 kali, China pada perlawanan kedua esok jika mahu meneruskan cabaran. Melihat kepada prestasi, sejarah, rekod dan statistik, ia ibarat misi mustahil, namun bagi pemain beregu…