SEREMBAN – Kadar zakat fitrah untuk umat Islam di Negeri Sembilan pada tahun ini kekal seperti tahun lalu iaitu RM6.50 seorang. Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa berkata, demi memberikan kemudahan terbaik kepada pembayar zakat, pihaknya akan membuka kaunter pada setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan nanti. “Pembukaan kaunter setiap hari itu adalah untuk memudahkan umat Islam menunaikan pembayaran zakat fitrah dan zakat harta sepanjang…









