JKDM Johor rampas rokok putih seludup bernilai RM3.6 juta - Utusan Malaysia

JKDM Johor rampas rokok putih seludup bernilai RM3.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor merampas pelbagai jenama rokok seludup bernilai lebih RM3.6 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah kebun kelapa sawit di Mersing pada 30 April lalu.

Kesemua rokok putih yang ditemui berjumlah 649 kotak atau kira-kira 6.4 juta batang rokok dan disimpan di dalam sebuah kontena sepanjang 6 meter di ladang terbabit.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, nilai rokok yang disita berjumlah RM769,200 manakala cukai JKDM sebanyak RM2,927,062.40.

“Antara jenama rokok yang dirampas ialah Email, Luckman, Luffman, Canyon dan John.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Honda Jazz yang disyaki digunakan untuk mengangkut rokok berkenaan bagi tujuan pengedaran,” katanya pada sidang akhbar di Manara JKDM negeri di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×