Jangan lupa bersihkan bendera - Utusan Malaysia

Jangan lupa bersihkan bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SELEPAS tamat tempoh berkempen dan hari mengundi, saya harap semua pihak berhenti berpolitik dan calon-calon wakil rakyat yang menang mula bekerja untuk pengundi kawasan mereka.

Jangan lupa bendera dan bahan kempen yang bertaburan di merata tempat perlu diturunkan dan dilupuskan sewajarnya supaya tidak menyemak di kawasan persekitaran.

Calon dan parti yang kalah juga perlu turunkan bahan kempen mereka, jangan dibiarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana itu bukan tugas mereka.

Jika masih ada yang berdegil, saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan denda dan deposit lebih tinggi dalam pilihan raya akan datang bagi memastikan pihak berkempen mencuci kembali ‘aset-aset’ mereka.

Bahan dan bendera kempen itu menelan kos berjuta ringgit untuk dicetak, cari jalan terbaik untuk kitar semula supaya tidak membazir bila dilupuskan begitu sahaja.

KHAIRUL AZHAR

Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×