KUALA LUMPUR 29 Mei – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta mana-mana pihak yang berhasrat menganggu-gugat kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) supaya berhenti daripada berbuat demikian. Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, mereka perlu melihat kepada kedudukan UiTM sebagai pusat pengimbangan kedudukan bumiputera dan bukan bumiputera selain peranannya dalam mewujudkan keadilan sosial. Beliau berkata, sewajarnya permintaan tersebut tidak perlu dikemukakan pada masa ini kerana masih ramai lagi anak-anak bumiputera yang tidak…










