Salam Ramadan buat seluruh umat Islam yang akan memulakan ibadah berpuasa bermula hari ini. Tanpa sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Selepas berpuasa sebulan, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika tahun-tahun sebelum ini, sebelum tibanya Ramadan, topik utama warga Malaysia ketika itu sudah tentu berkaitan persiapan untuk berpuasa diikuti kepada persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Memeriahkan lagi menjelang bulan puasa apabila pusat beli-belah berlumba-lumba menawarkan pelbagai promosi…










