KLANG – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai meminta suapan wang berjumlah RM10,000 daripada seorang lelaki bagi mengurangkan pertuduhan ke atas anaknya yang ditahan atas kesalahan mencuri, minggu lalu. Majistret Rozianti Mohamed Hanapi mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas polis berusia 33 tahun itu bermula hari ini sehingga 25 Mei ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.15 pagi. Menurut sumber SPRM, pegawai polis daripada Bahagian Siasatan dan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya