CUKAI Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bermatlamat untuk memperbaiki dan menyusun semula struktur percukaian negara agar lebih berkesan, saksama, efisien dan telus. Ia juga bertujuan menangani kelemahan dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunakan sejak 1970-an selain cukai bertindih atau bertingkat, pemindahan harga dan nilai, tiada pelepasan lengkap barang dieksport, isu-isu klasifikasi dan sebagainya. SST yang dikenakan meliputi cukai jualan pada…










