Ibrahim 'berehat' daripada menerajui Perkasa - Utusan Malaysia

Ibrahim ‘berehat’ daripada menerajui Perkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali telah menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam sekali gus mengundur diri daripada menerajui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut

Naib Presidennya, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, walau bagaimanapun Ahli Dewan Tertinggi Perkasa telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan menolak peletakan jawatan tersebut.

“Mesyuarat tergempar Ahli Dewan Tertinggi Perkasa malam tadi sepakat untuk menolak peletakan jawatan tersebut.

“Kami memberi peluang untuk Presiden Perkasa bertenang dan berehat sedikit bagi memikirkan semula rayuan kami supaya beliau kembali memimpin Perkasa. Bagi kami Perkasa itu sendiri sudah sinonim dengan Ibrahim sejak 10 tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Perkasa, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh dan Setiausaha Agung, Datuk Syed Hassan Syed Ali.

Sementara itu, jelas Ruhanie, mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi malam tadi juga bersetuju untuk melantik beliau memangku jawatan Presiden Perkasa berkuat kuasa serta-merta. – UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×