BAU – Hujan lebat selama sehari mengakibatkan tiga buah kampung di Tringgus di sini dilanda banjir lumpur semalam. Pegawai Pertahanan Awam Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bau, Patrick Lagak Pateh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk kampung yang memberitahu air naik dengan cepat kira-kira pukul 7.45 malam. “Banjir ini kemungkinan berpunca daripada limpahan air gunung yang membawa arus deras ke sungai yang terletak berhadapan dengan banyak rumah penduduk di sini,”…