PELUMBA Monster Yamaha Tech3, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui sesi ujian di Litar Catalunya minggu lalu sangat penting baginya untuk mengembalikan keyakinan pada tahap terbaik menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Itali hujung minggu ini. Pelumba berusia 23 tahun tersebut menamatkan ujian selama tiga hari itu di tangga ke-16 selepas merekodkan catatan terpantas satu minit 40.435 saat (s) dan hanya ketinggalan 1.461s berbanding pelumba Movistar Yamaha, Maverick Vinales (1’38.974s). Oleh itu, Hafizh…










