Guru SMKTIP peraga pakaian Bollywood - Utusan Malaysia

Guru SMKTIP peraga pakaian Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (SMKTIP) di sini hari ini meriah dengan guru-hurunya hadir dengan memakai busana bertema Bollywood.

Program bermula seawal pukul 8 pagi dimulakan dengan perhimpunan pelajar di Dewan Indra dan guru berarak masuk dengan memperagakan pakaian masing-masing ala pelakon Hindustan ‘Kajol’ dan ‘Shah Rukh Khan’. 

Pengetuanya, Ummi Mariza Che Ya berkata, setiap tahun pihaknya memilih tema berbeza dan menyusun acara untuk meraikan para guru.

“Pada program kali ini kita turut memberi penghargaan kepada guru yang sudah banyak berjasa. Seramai 122 guru dan 1,438 pelajar telah memeriahkan sambutan hari guru hari ini,” katanya. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×