KANGAR 25 Mei – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri ini mendesak wakil-wakil rakyat di Perlis tanpa mengira fahaman politik masing-masing supaya mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, dengan berdiri teguh di belakang Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. MOHD. AISHAMUDDIN Pengerusinya, Mohd. Aishamuddin Yaakob berkata, pihaknya yakin bahawa keputusan Tuanku Syed Sirajuddin dalam isu pelantikan Menteri Besar adalah selepas mengambil kira kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Katanya, GPMS negeri turut melahirkan…











