KUALA LUMPUR – Beberapa kejadian seperti serangan BOT terhadap telefon bimbit semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei lepas serta laporan tentang arahan tertentu yang didakwa dikeluarkan bagi melakukan sekatan terhadap portal dalam talian pada malam hari mengundi, menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Turut menjadi perhatian beliau ialah pencerobohan terhadap data peribadi yang dilapor menjejaskan berpuluh juta pelanggan telefon bimbit. “Saya telah meminta laporan tentang beberapa insiden itu daripada kementerian saya,” kata Gobind dalam catatan melalui Facebook dan Twitternya. Beliau berkata, ia termasuk aduan berkaitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya