KETIKA rakan-rakan lain sedang lena menikmati tidur malam, sekumpulan penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) pula menyusuri sekitar bandar raya Kuala Lumpur untuk mengagihkan juadah sahur kepada gelandangan di sana baru-baru ini. Program Geng Singgah Sahur anjuran Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I (Jaksa) KKNC ini disertai 40 orang peserta dengan kerjasama Tazkiyatun Nafs Training & Consultancy dan sukarelawan Feed The Homeless – Malaysia. Turut bersama dengan para pelajar ini adalah pengetua, felo kolej kediaman dan staf pejabat pentadbiran KKNC serta wakil dari Pusat Perumahan Pelajar USIM.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya