KOTA TINGGI 21 Mei – Seekor gajah liar mati selepas dilanggar sebuah treler di Batu 13, Jalan Mersing – Kota Tinggi, berhampiran Hutan Simpan Panti di sini awal pagi ini. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Jamalun Nasir Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 2.30 pagi. Katanya, treler berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Terengganu ke Singapura sebelum bertembung sekumpulan empat ekor gajah sedang…










