GERIK – Seekor gajah jantan belasan tahun yang merayau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di sini ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam satu operasi di kawasan itu Isnin lalu akan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai esok. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, Jabatan Perhilitan terpaksa mengikat dua kaki bahagian kanan gajah di tepi jalan tersebut memandangkan ia berada di kawasan…










