Fujifilm lancar Instax SQ6 - Utusan Malaysia

Fujifilm lancar Instax SQ6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Fujifilm Malaysia melancarkan kamera analog format segi empat sama pertamanya, Square SQ6, untuk memenuhi permintaan filem format segi empat sama di pasaran tempatan dan antarabangsa yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan, Yoshitaka Nakamura berkata Malaysia me­rupakan satu-satunya negara yang melancarkan Instax Square SQ6 serentak dengan Jepun.

“Kami berharap pelancaran SQ6 akan meningkatkan jualan siri Instax Fujifilm dan mengga­lakkan rakyat Malaysia merasai keseronokan fotografi segera.

“Fujifilm amat yakin segmen ini akan terus berkembang dan ber­usaha untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat serta pada masa sama menawarkan cara yang lebih seronok dan unik kepada pengguna untuk menunjukkan kreativiti masing-masing melalui cetakan,” katanya pada pelancaran SQ6 di sini hari ini.

Syarikat itu menyasar untuk mencapai jualan kamera Instax sebanyak sembilan juta di seluruh dunia dengan pelancaran SQ6, iaitu empat kali ganda lebih tinggi berban­ding yang direkodkan pada 2017.
SQ6 kini boleh didapati di kedai Fujifilm dan pengedar dengan harga pakej tawaran awal RM598, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan.– BERNAMA





Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×