Fajer gagal ubah TRW - Trwkb - Utusan Malaysia

Fajer gagal ubah TRW – Trwkb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Mei. – Trasformasi ‘luar biasa’ dibawa oleh Fajer Ibrahim dengan menyingkirkan pemain senior secara besar-besaran menjadi punca utama kemerosotan prestasi The Red Warriors (TRW) sehingga berada di zon penyingkiran Liga Super bagi musim 2018.

Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (Trwkb) Mohd. Zainy Mohd. Zin berkata, khidmat pemain senior yang disingkirkan itu masih sebenarnya masih lagi boleh digunakan dalam memberi tunjuk kepada barisan muda.

Menurutnya, saingan Liga Super kompetetif memerlukan adunan pemain senior dan ‘ubi muda’ bagi membentuk gandingan mantap sebagaimana dilakukan oleh pasukan-pasukan lain di Liga Super.

“Bila tiada sokongan pemain senior, saya lihat ‘ubi muda’ seolah-olah mabuk lampu dan tidak dapat beraksi dengan baik menyebabkan pasukan terkial-kial mencari kemenangan.

“Nak lakukan transformasi tidak salah, tetapi jangan terlalu mendadak kerana ia memberikan kesan tidak baik pada pasukan,” katanya.

Mohd. Zainy memberitahu, beliau bingung dengan transformasi yang dilakukan oleh Fajer yang dilihat lebih memberikan mudarat buruk pada pasukan.

Katanya, impak buruk paling ketara apabila TRW menyingkirkan tonggak berpengalaman seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya (Mohd. Badhri Radzi), Pok Nik (Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim), Mohd. Nor Farhan Mohammad dan ramai lagi.

“Lihatlah hasilnya, kita berada di kedudukan kedua tercorot. Jadi saya harap Fajer tidak lari, sebaliknya terus istiqamah mengendalikan pasukan kerana pasukan yang dibentuk pertengahan musim ini adalah air tangan beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN