KUALA LUMPUR 14 Mei – Enam motosikal rosak teruk selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 443.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Rawang dekat sini petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shari’at berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. “Ketika kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berusia 50 tahun tersebut mendakwa keadaan jalan adalah licin berikutan hujan. “Kesemua motosikal berkenaan diletakkan di bahu jalan lebuh raya manakala penunggangnya berteduh di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya