SEREMBAN 23 Mei – Polis berjaya menyelesaikan 45 kes samun yang melibatkan kerugian lebih RM1 juta selepas menembak mati dua lelaki dipercayai saki-baki anggota Geng Mamak di Rembau, dekat sini semalam. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 33 dan 35 tahun dengan alamat terakhir di Taping, Perak ditembak selepas mereka terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah anggota polis. “Kejadian berbalas tembakan antara…










