KUCHING – Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai dinaikkan pangkat sebagai Ketua JSJ Sarawak yang baharu berkuat kuasa hari ini. Beliau mengambil alih jawatan yang disandang Datuk Dev Kumar yang turut dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP). Dev akan memulakan tugas baharunya itu pada 14 Mei ini…










