PUTRAJAYA 31 Mei – Defisit fiskal Malaysia dijangka meningkat kepada RM40.1 bilion berbanding RM39.8 bilion, sekali gus mengekalkan defisit bajet sebanyak 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2018, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga komited untuk melaksanakan sasaran utama manifesto dan janji bagi mengurangkan bebanan rakyat yang disusuli dengan pengumuman tiga pendekatan…