SHANGHAI 21 Mei – China melancarkan sebuah satelit pemancar awal hari ini bagi mewujudkan hubungan komunikasi antara bumi dan penerokaan membongkar misteri di bulan. Agensi berita Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Angkasa Nasional China berkata, satelit itu dilancarkan pada 5.28 pagi waktu tempatan menggunakan roket Long March-4C dari pusat pelancaran Xichang yang terletak di barat daya negara itu. “Pelancaran ini merupakan langkah penting bagi China untuk merealisasikan matlamatnya menjadi negara pertama…