ALOR SETAR 14 Mei – Kerajaan digesa supaya tidak lagi menggabungkan perkara berkaitan koperasi ke dalam satu portfolio yang sama dengan hal ehwal perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan seperti yang dilakukan oleh pentadbiran negara sebelum ini. Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff, tindakan itu perlu diambil bagi memastikan kementerian berkaitan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha melindungi hal ehwal pengguna di negara ini. “Kami berpandangan, kewujudan elemen koperasi…










