KUALA LUMPUR 31 Mei – Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri pakaian milik sebuah butik di pusat beli-belah Sunway Velocity, dua bulan lalu. Majistret Mahyudin Mohamad Som menetapkan 27 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukum ke atas Muhammad Fakhrul Hashim, 20, selepas mahkamah menerima laporan sosial remaja itu kerana tertuduh merupakan pesalah muda. Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang tidak diwakili peguam, didakwa…










