KEPUTUSAN Majlis Tertinggi UMNO yang sebulat suara bersetuju supaya semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya ia sudah dijangkakan. Ini memandangkan arus di peringkat akar umbi tidak mengizinkan untuk UMNO terus melakukan tindakan politik yang dilihat masih belum mahu berubah biarpun sudah rebah. Sebagai pemimpin berpengalaman, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi amat memahami sentimen dalam kalangan ahli UMNO.…










