Budaya pendorong perpaduan kaum - Utusan Malaysia

Budaya pendorong perpaduan kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 30 Mei – Pesta Kaamatan yang diraikan semua pihak berupaya memperkukuhkan dan memantapkan semangat perpaduan, persaudaraan, persabahatan dan kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai suku, kaum dan budaya di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia selari dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Asas Perpaduan’ menjadi tunjang kepada kebersamaan semua pihak dalam menyatupadukan rakyat secara menyeluruh.

“Kita dimaklumkan bahawa hari ini merupakan kemuncak perayaan Pesta Kaamatan yang mula diraikan pada 1 Mei lalu di Daerah Keningau. Kita sangat bertuah kerana dikurniakan dengan warisan budaya dan seni tradisi yang kaya dan unik.

“Sehubungan itu, saya percaya, setelah sebulan pesta ini berlangsung, ia telah memperhebatkan lagi hubungan sesama kita tanpa mengira batas agama, budaya dan bangsa,” katanya dalam perutusan Ketua Menteri sempana Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 di sini hari ini.

Mohd. Shafie turut menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan sambutan itu khususnya Pengerusi Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana atas penghormatan dan komitmen berterusan.

“Syabas dan tahniah atas usaha, komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan sambutan selama sebulan ini.

“Semoga perpaduan dan muafakat sesama kita akan terus berkekalan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk kita dan generasi akan datang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN