KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh berdasarkan sistem kewangannya yang berdaya tahan dan teguh walaupun dalam tempoh selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang. “Kekuatan kita boleh dilihat daripada lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negeri yang rendah dan penampan…










