IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan telah mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sebentar tadi. Ia dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir yang dibacakan Pengarah Komunikasi dan Korporat Pejabat Menteri Besar, Nizamuddin Mat Isa. Katanya, tiada parti yang bertanding memperolehi jumlah kerusi majoriti mudah bagi membolehkan pembentukan kerajaan negeri berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14…










