ELOKLAH semua pihak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang berakhir semalam. Semua parti politik yang bertanding mesti menghormati keputusan rakyat, kalau tidak negara ini tidak akan mengecapi keamanan. Cukuplah kita belajar daripada tempoh kempen 11 hari yang terlalu banyak politiking. Kini rakyat mahu melihat perdamaian dan negara melangkah ke hadapan. Kepada calon yang dipilih oleh pengundi untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri semalam, Awang ingatkan…










