KUALA LUMPUR 24 Mei – Bulan Ramadan al-Kareem masuk minggu kedua. Pelbagai acara terutamanya berbuka puasa menjadi modal bagi setiap hotel dan pengusaha makanan untuk menarik orang ramai berbuka di luar. Pelbagai pakej menarik ditawarkan dengan berjenis-jenis menu makanan disajikan semata-mata untuk menggamit orang ramai berbuka puasa sambil berbelanja. Plaza Shah Alam tidak ingin ketinggalan dengan acara tradisi mereka yang diadakan setiap tahun di mana sepanjang bulan Ramadan, pusat membeli…










