LONDON 29 Mei – Lebih tiga bilion kes demam denggi boleh dielak sekiranya pemanasan global dapat dikurangkan sebanyak 1.5 darjah celsius. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), demam denggi bawaan nyamuk Aedes itu boleh menyebabkan kematian jika ia berkembang kepada bentuk haemoragik yang teruk dan jumlah kes tahunan direkodkan meningkat dalam tempoh 50 tahun lalu. Dengan menggunakan model komputer, kumpulan pengkaji Universiti East Anglia di Britain mendapati penurunan suhu pemanasan global…










