JERANTUT – Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah van dalam kejadian nahas di Kampung Pisang di sini pagi tadi. Mangsa, Saari Ahmed, 60, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 seorang diri meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi. Dalam kejadian itu, Saari dikatakan menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di kampung berkenaan selepas menghantar anak perempuannya, Nurul Azwani, 19, ke Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura…










