Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu mencatatkan banyak kisah suka dan duka. Kisah duka ialah Barisan Nasional (BN) tewas buat pertama kali selepas 61 tahun memerintah Malaysia. Kejutan itu memang tidak disangka berlaku pada PRU-14. Kekalahan kepada Pakatan Harapan (PH) itu turut menyebabkan para penyokong BN berasa sedih dan akur menerima pilihan pengundi selain menjadi pembangkang di Parlimen. BN kalah kepada PH yang mengandungi empat buah parti.…










