Azmin kekal jadi Menteri Besar - Utusan Malaysia

Azmin kekal jadi Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ke­dua berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, istiadat pelantikan dan angkat sumpah sebagai Menteri Besar Sela­ngor akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pukul 3 petang.

Katanya, Mohamed Azmin, 54, telah menghadap Sultan Selangor pada pukul 12 tengah hari semalam bagi menyembah maklum kepada baginda me­ngenai keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 bagi negeri Sela­ngor dan situasi semasa di dalam pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×