SHAH ALAM 21 Mei – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin menjunjung kasih terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan peranan baharu beliau di peringkat Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, Mohamed Azmin menyatakan perkenan baginda itu dizahirkan susulan daripada penjelasan serta pengesahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai skop kerja serta bidang kuasa kementerian baharu yang akan digalasnya nanti. “Dengan setulus hati, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih di atas titah nasihat dan pedoman yang diberikan oleh baginda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya