Aziz Bari enggan ulas pembentukan kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Aziz Bari enggan ulas pembentukan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr. Abdul Aziz Bari enggan mengulas mengenai pembentukan kerajaan negeri oleh Pakatan Harapan selepas mendapat majoriti paling tinggi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

PKR memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (BN) 27 manakala Pas tiga kerusi.

Wakil rakyat DAP itu yang diuar-uarkan sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan memerintah Perak cuma memberi alasan beliau tidak layak mengulasnya kerana bukan pengerusi Pakatan Harapan di Perak.

Katanya, walaupun beliau pakar dalam Perlembagaan namun bukan ahli politik untuk mengulas mengenai isu politik.

“Sebagai seorang ahli Perlembagaan, pengetahuan saya juga ada had. Saya tidak tahu, saya bukan ahli politik, apa-apa sila tanya ketua Pakatan Harapan Perak,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Sementara itu, sidang akhbar yang diadakan oleh beliau hari ini tidak jelas matlamatnya kerana pada awalnya Abdul Aziz dijangka mahu mengulas mengenai pebentukan kerajaan negeri.

Ketika diasak mengenai maksud sebenar sidang akhbar tersebut, Abdul Aziz memberitahu, beliau hanya mahu memberikan penjelasan berkenaan proses perlantikan Perdana Menteri dan pembentukkan kerajaan Persekutuan selepas Pakatan Harapan mengumumkan menang PRU-14.

“Bila saya bangun pagi tadi, saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa kerajaan masih lagi dalam keliru.

“Ramai orang juga bertanya pada saya, jadi saya fikir perlu jelaskan supaya rakyat dapat pencerahan dan supaya kita

terus bekerja,” katanya ketika memberitahu tahu mengenai tujuan beliau mengadakan sidang akhbar tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×