SAUDARA PENGARANG, DAHULU kami mohon kerja di sebuah jabatan yang bernama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Ketika sesi temuduga, kami sendiri tidak tahu bidang tugas pegawai-pegawai Jasa secara terperinci. Setelah diterima bekerja barulah kami tahu dengan jelas bahawa Jasa adalah sebuah jabatan yang menyokong, mendukung serta mempertahankan kerajaan memerintah. Oleh kerana ketika kami bertugas kerajaan yang memerintah adalah kerajaan Barisan Nasional (BN), maka taat setia kami tentulah kepada BN. Siapakah…











