Anwar tidak sertai Kabinet - Utusan Malaysia

Anwar tidak sertai Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Ketua Umum Parti Pakatan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dia tidak akan menyertai Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) buat masa ini.

Jelasnya, walaupun tidak menyertai Kabinet namun beliau tetap menyokong penuh pentadbiran Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya beri jaminan, saya sebagai warganegara yang prihatin memberi sokongan sepenuhnya, kepada urus tadbir negara atas kefahaman bahawa kita komited kepada agenda reformasi, bermula dengan badan kehakiman, media dan keseluruhan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya selepas dibebaskan dari tahanan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya,  Dr. Mahathir mempunyai prerogatif dalam pembentukan Kabinet, namun perlu merujuk kepada pimpinan-pimpinan parti PH.

“Saya percaya dengan pentadbiran dan cukup berterima kasih  kepada Tun (Mahathir), sekarang saya mahu luangkan masa bersama keluarga.

“Saya beritahu Dr. Mahathir, saya tidak perlu berkhidmat dalam Kabinet pada masa ini,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×