MERUPAKAN hasil daripada program realiti nyanyian sama, hubungan dua artis bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Kaer Azami dan Amylea Azizan AF3 yang terjalin lebih sedekad lalu kini semakin utuh dengan kemunculan lagu baharu mereka berjudul Tak Pernah Hilang. Berpadanan dengan tajuk single duet baharu mereka, kedua-dua anak seni tempatan itu nyata tidak pernah hilang semangat daripada terus menumpahkan rasa cinta terhadap bidang nyanyian. Haluan minimalis yang menjadi pilihan mereka secara tidak langsung membuatkan kedua-duanya bagai hilang daripada radar industri hiburan tanah air. Ironinya, mereka sibuk merencana agenda berpaksikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya