KUALA PILAH 10 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun bakal dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). AMINUDDIN HARUN Aminuddin, 51, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri berkata, surat watikah daripada Presiden pakatan berhubung pencalonan beliau telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini. Ujarnya, cuma nama beliau dihantar…










