KUALA LUMPUR – Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini. Beliau berkata, cadangan bagi memansuhkan akta tersebut akan dibawa kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar ia dapat dihapuskan secepat mungkin. “Saya ada satu senarai yang kami perlu kaji. Saya akan adakan sidang media esok untuk beritahu secara khusus. Kita ada Akta Antiberita Tidak Benar. Sepertimana yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan, kami akan memansuhkannya. “Kami akan tetapkan tempoh masa, 100 hari yang pertama kami harus menunaikan tetapi berapa banyak masa yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya