KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi ia tidak mengganggu ketenteraman negara. Perdana Menteri itu berkata, undang-undang antiberita palsu selepas ini akan diberi takrifan yang lebih jelas. “Undang-undang berita palsu akan diberi definisi yang jelas dan syarikat berita akan faham apa yang dikatakan sebagai berita palsu atau sebaliknya,” kata beliau pada sesi penerangan khas…










