KUALA TERENGGANU 16 Mei – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri pertamanya di Wisma Darul Iman di sini bermula kira-kira pukul 9.35 pagi. Mesyuarat dijalankan dengan kehadiran kesemua 10 anggota Exco yang mengangkat sumpah jawatan dan menerima watikah lantikan di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Khamis lalu. Mereka termasuklah Satiful Bahri Mamat, Dr. Alias Razak, Mohd. Nor Hamzah, Dr.…










