Abdul Azeez tunaikan tanggungjawab mengundi di Kupang - Utusan Malaysia

Abdul Azeez tunaikan tanggungjawab mengundi di Kupang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING 9 Mei – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Baling , Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, selesai menjalankan tanggungjwabnya mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Abu Bakar, Kupang pada pukul 11.30 pagi tadi.

Abdul Azeez
Abdul Azeez

Abdul Azeez tiba di pusat pengundian bersama isterinya, Datin Seri Khadijah Md Noor serta dua anak mereka Mohamed Khairul Anwar dan Mohamed Khairul Azman, sekitar pukul 10.40 pagi.

Parlimen itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu calon Pas, Hassan Saad dan Mohd. Taufik Yaacob calon PKR .

Sementara itu, seramai 483 anggota polis bertugas di 73 pusat pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusuf berkata, anggota akan bertugas di semua tempat pengundian bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar dan terkawal.

“Pilihanraya kali ini berjalan dengan baik dan lancar semenjak hari penamaan calon sehingga tarikh akhir berkempen dan tidak ada laporan polis mengenai kejadian yang tidak diingini.”

“Sepanjang tempoh berkempen tidak ada kejadian buruk berlaku kerana parti yang bertanding akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” kata Shariffuddin

Beliau juga menasihati pengundi-pengundi agar keluar awal bagi mengelakkan kesesakan dan juga cuaca hujan yang mungkin akan berlaku pada sebelah petangnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×