800 kakitangan SPAD akan diserap masuk ke JPJ - Utusan Malaysia

800 kakitangan SPAD akan diserap masuk ke JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Semua kakitangan tetap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pengangkutan akan menyerap mereka ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, terdapat sebanyak 1,000 kekosongan yang terdapat dalam JPJ dan Ketua SetiauSaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa bagi membincangkan perkara tersebut.

“Jadi jangan bimbang dan tidak perlu risau dan mereka boleh bekerja seperti biasa dan operasi SPAD berjalan seperti biasa kerana kerajaan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan tidak sesuka hati memberhentikan kerja kakitangan awam. Kita juga akan membuat kajian jika ada pertindihan jawatan,” beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat dengan JPJ di sini hari ini 

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Turut dibubarkan adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan SPAD. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN